Selasa, 26 Disember 2017

My first double line.

As salam buat pembaca.

Alhamdulillah akhirnya ada juga masa untuk saya update mengenai pengalaman saya mengandungkan anak sulung ini. Penuh liku dan suka duka rasanya. Jika tak silap pengiraan saya mula mengandungkan Carl bulan 12 tahun lepas. Memandangkan semasa entri ini ditulis adalah dalam bulan 12, nostalgia kembali pula.

Saya kongsikan detik pertama kali saya tahu diri saya berbadan dua. Saya masih lagi bekerja waktu itu. Saya perasan badan saya lemah dan panas. Saya demam selama dua minggu belum kebah walaupun dah ambil ubat. Pelik benar rasanya. Ditambah dengan beban dan tekanan kerja bertambah tambah lemah badan.

Saya akhirnya akur untuk berehat dan membuat keputusan untuk ke klinik mengambil MC. Masa itu saya dah lewat period. Tapi memandangkan period saya memang tak regular jadi saya lagsung tak fikir tentang anak. Tambahan pula saya dah frust untuk berharap lepas buat IUI dulu.

Saya minta suami belikan ubat period kerana fikir mungkin saya tidak sihat kerana belum period. Suami pujuk saya untuk membeli pregnancy test. Terkejut pun ada dengan permintaan suami. Akhirnya selepas mencari di serata farmasi area rumah suami kata ubat period habis stok. Suami belikan saya pregnancy test.

Saya merajuk tak nak check. Yela tak nak berharap. Lepas dua hari suami pujuk saya rasa mungkin saya perlu cuba. Jadi bangun subuh tu saya titiskan urin. Lambat benar nak nampak result. Saya tinggal dan mandi. Lepas mandi tengok double line.

Menjerit saya. Tak pasti reaksi apa yang saya perlu tunjuk. Tak percaya, terkejut, bersyukur. Saya panggil suami. Suami cuma senyum. Kami masih lagi tak nak terlalu gembira. Risau pregnancy test yang salah.

Pagi tu pergi kerja hati berbunga. Masa lunch saya ke guardian. Beli clearblue. Suami minta saya check dirumah. Dia pun nak jadi saksi juga. Jadi saya balik dulu dan check subuh esoknya. 3+ minggu sudah kandungan saya. Gembira tak terkata rasanya masa tu.

Hari sabtu kami ke klinik untuk check usia kandungan. Alhamdulillah memang benar saya mengandung dan sudah 6 minggu.
Makbul jua doa yang diminta selama ini selepas 4 tahun. Alhamdulillah. Syukur padaMU.

Next entri saya nak bercerita mengenai alahan saya.


Jumaat, 22 Disember 2017

Oh Anak

As salam...
Rasanya dah bersarang betul blog saya ni kan.. Almaklum bermacam hal yang dah berlaku sepanjang peninggalan saya.

Pertamanya saya nak bercerita mengenai penawar hati pengarang jantung saya iaitu anak lelaki sulung saya. Alhamdulillah saya telahpun selamat melahirkan seorang baby lelaki. Saya dan suami sepakat memberi nama Carl Rayyan. Haa ada kisah juga disebalik nama anak lelaki saya ni. Nanti entri seterusnya saya cerita ya.

Mengenai perniagaan pula saya kini lebih fokus kepada penjualan sandal sahaja. Saya nampak menjual sandal ni lebih sistematik. Untung pula berpatutan. Tidak terlalu sikit dan juga tidaklah banyak. Alhamdulillah ada rezeki untuk saya setiap bulan walaupun tidak banyak.

Bermula Feb 2017 hingga lah kini 22 Disember 2017 nampaknya hampir setahun saya sudah bergelar surirumah. Ada juga terdetik di hati untuk kembali bekerja. Namun apabila melihat senyum si kecil hati rasa tidak kuat untuk tinggalkan dia. Saya dan suami pun sudah lama menanti zuriat. Rasanya seperti mimpi pula kehidupan kini bila telah mempunyai anak. Mungkin setelah baby saya besar sedikit baru la saya fikirkan mengenai kerja kembali.

Banyak yang nak di cerita. Satu satu dulu lah. InsyaAllah sambung next entri.