Khamis, 18 Januari 2018

Harapan Mereka

Sepanjang sakit alahan mengandung ini saya terasa ralat sangat. Sebab apa? Saya ni sebenarnya baru lagi berpindah cawangan. Saya dulu kerja di ibu pejabat. Saya berpindah ke cawangan selangor kerana mengikut suami bekerja disini. Tambahan pula saya dan suami telahpun membeli rumah di selangor. Sejak dari dulu lagi kami memang kurang gemar kehidupan bandar. Jadi bagi kami berpindah ke shah alam mungkin boleh merealisasikan impian kehidupan kami. Selepas membuat ujian IUI dan saya mendapat keputusan negatif, saya begitu kecewa. Saya membuat keputusan untuk fokus terhadap kerjaya. Saya tahu skop kerja baru ini menuntut perhatian penuh dari saya. Saya merasakan saya mampu menggalas kerana waktu itu saya tiada komitmen. Menggalas tanggungjawab baru dan skop kerja baru bukan lah senang.

Berbalik kepada cerita kakitangan di pejabat, saya sebenarnya rasa seperti dah mengecewakan harapan semua orang. Saya faham mereka mengharapkan saya untuk mengendalikan kerja kerja yang telah banyak tertunggak. Menyertai mereka sebagai salah satu tonggak utama menjadikan saya perlu memikul tanggungjawab besar pada masa itu. Ketiadaan saya menyebabkan keadaan pejabat dan kakitangan seliaan saya agak kelamkabut. Saya sangat kasihankan mereka. Pada masa yang sama saya juga begitu tertekan. Sungguh saya sakit masa itu. Saya juga begitu kecewa. Bukan lah saya tidak bersyukur di kurniakan zuriat namun saya tertekan mental dan fizikal ketika itu.

Saya tidak menyalahkan rakan pejabat. Saya faham mereka juga tertekan dengan jumlah kerja yang bertambah akibat ketiadaan saya. Pelbagai dokumen tertangguh kerana saya tiada untuk tugas menyemak dan melulus.

Saya mula bekerja kembali setelah bulan kedua saya dimasukkan kehospital. Walaubagaimanapun terpaksa mengambil MC selepas beberapa hari sebagaimana cerita saya dalam entri yang lalu. Saya cuba untuk menjelaskan kepada piha atasan saya ketika itu. Namun kata katanya cukup pedih. Emosi saya yang sedang mengandung ketika itu tak dapat lagi saya bendung. Tak tertahan rasanya. Ditambah lagi saya diselar rakan pejabat kerana baru masuk kerja MC lagi.

Memikirkan keadaan ini tidak baik untuk kedua dua pihak saya tekad untuk berhenti kerja. Sungguh saya sedih ketika itu. Saya sayangkan syarikat namun tidak mahu lagi bekerja di jabatan sama. Saya cuba memohon bantuan HR namun juga tiada maklum balas. Terpaksalah saya membuat keputusan sendiri.

Next entri - pengalaman mengandung anak sulung

Rabu, 17 Januari 2018

Bermula Alahan

Sebelum saya tahu diri saya mengandung, saya demam selama dua minggu. Badan saya terasa sakit, panas dalam dan lemah sekali. sungguh saya tak mampu nak urus diri rasanya waktu itu. Lemah sungguh badan ni. akhirnya saya tewas bila suami suruh saya berehat dan ambil cuti. Saya pergi ke klinik dan ambil MC.

Selepas tahu saya mengandung beberapa minggu selepas itu bermula lah alahan saya. Pada awalnya saya kagum dengan diri kerana ingat diri saya tidak mengalami alahan. Saya belum muntah atau morning sickness. Hingga suatu hari sampai ke tempat kerja saya pening sangat. Pagi itu sewaktu nak ke toilet saya hampir rebah. Saya jalan sambil pegang dinding. Rasa macam tak mampu nak jalan lagi. Betul betul saya pening. Sakit kepala. Malam itu saya start muntah.

Hari ini 17 januari 2018 ulang tahun saya pertama kali masuk wad pada tahun lepas iaitu 17 jan 2017. Sepanjang berada di wad, sedih sungguh saya terasa. betapa perit perlu saya harungi untuk mendapatkan zuriat ini. Tapi saya perlu kuat untuk anak. Selepas hampir sebulan bercuti, awal bulan februari barulah saya mula kerja kembali.

Next entri - harapan kawan sekerja dan staff bawahan saya.

Selasa, 16 Januari 2018

Aku seorang surirumah

Bermula lah episod dan kehidupan harian saya sebagai seorang surirumah. Saya akui setiap hari pada awalnya agak bosan kerana saya sudah terbiasa dengan rutin aktiviti seharian sejak dari dulu. Iyalah zaman sekolah, zaman belajar universiti dan kerja bangun pagi terus bersosial. Jumpa orang dan bekerja. Namun kehidupan itu kini semuanya sudah berubah.

Pagi saya bermula dengan memasak. Sejak dari mengandung lagi saya memang memasak belah pagi. Selepas zuhur barulah saya teruskan dengan aktiviti lain seperti mengemas, menyapu, mengemop dan sebagainya. Bila dah ada baby ni tak dapatlah saya buat kerja rumah banyak sangat. Kebanyakkan masa saya jaga anak. Ada juga masa baby tidur lama. Tapi saya buat yang mana mampu sahaja sebab sakit epidural masih ada.

Bergelar surirumah juga mengubah keadaan dan prospektif pemikiran saya. Saya akui dugaan demi dugaan juga buat saya untuk menggalas tugas surirumah ini. mental juga perlu kuat untuk menepis rasa down. Sebab apa down? Sebab saya dah tak seperti dahulu lagi. Saya tiada pendapatan sendiri lagi. Saya tidak boleh kehulu kehilir sendiri lagi. Dunia saya kini cuma anak dan suami sahaja.

Saya perlu kuat untuk anak. Dia masih baby dan sangat perlukan saya. Next entri saya akan cerita kisah saya bersalin pula.
.

Rabu, 10 Januari 2018

Alahan Part 2 - Dilemma

Selepas saya hantar surat berhenti kerja, bos ada menghubungi bertanyakan mengenai keputusan saya. Masa itu saya betul betul sudah tawar hati. Perasaan semasa mengandung memang sangat kuat. Saya ni seorang yang lembut hati orangnya. Jika tiada sebarang dorongan pasti saya tidak mampu membuat keputusan yang besar begini. Saya benar benar terkesan dengan kata kata bos saya. Hingga kini saya masih tidak boleh lupakan. Saya rasa tidak dihargai waktu itu.

Bos akhirnya meluluskan cuti tanpa gaji saya selama tiga bulan dan menangguhkan surat berhenti kerja saya. Selama tempoh itula saya betul betul berfikir sedalamnya mengenai keputusan saya untuk berhenti kerja. Puas juga saya bertanyakan pendapat kedua orang sekeliling. Namun keputusan akhir hanya saya yang perlu tentukan.

Hampir setiap malam saya membuat solat istikharah. Memohon petunjuk. Tapi benarlah apabila hati sudah tawar tiada apa lagi yang boleh dilakukan agaknya. Staff saya ada juga kerap bertanya bila saya masuk kerja dan beberapa kerja yang perlu saya uruskan. Ternyata saya terasa begitu serabut sekali. Masa rehat saya tidak dapat tidur lena rasanya. Saya tertekan. Akhirnya selepas tiga bulan berlalu saya tetap dengan keputusan saya untuk berhenti kerja.

Saya masih ingat semasa saya menangis teresak esak meminta petunjuk. Saya hanya fikir anak saya. Saya betul betul sayangkan kandungan anak pertama ini. Lama betul kami menanti. Saya benar benar berharap keputusan saya ini adalah yang terbaik buat dia.

Khamis, 4 Januari 2018

Alahan - Part 1 Berhenti kerja.

Alhamdulillah tahun 2017 membawa rahmat dalam hidup kami. Allah telah mendengar doa kami berdua. Permulaan yang tidak kami sangkakan. Allah memberikan zuriat. Walaubagaimanapun disetiap kegembiraan pasti akan ada ujian.

Awal tahun 2017 saya masih lagi bekerja. Ujian saya bermula apabila alahan saya semakin kuat. Saya pun sudah lupa bagaimana bermula episod saya pertama kali muntah dan alah dengan semua benda. Namun pada 17 Januari 17 saya betul betul rasa sakit dan suami bawa ke klinik. Doktor rujuk saya ke hospital kerana saya mungkin mempunyai appendiks.

Seminggu saya di wad DEMC. Pertama kali dalam hidup saya dimasukkan ke hospital dan di wad. Tangan masuk air dan wayar berselirat. Namun akhirnya tiada appendiks dikesan. Jika sakit saya berulang doktor minta saya terus berjumpa beliau. Saya boleh keluar hospital dan diberikan lagi cuti untuk berehat. Hampir sebulan juga saya bercuti.

Bulan februari saya masuk kerja. Dengan tunggakan kerja selama sebulan, saya akui saya terasa seperti hendak pengsan. Hampir semua jenis makanan saya tak boleh makan. Minum pun sama. Air kosong pun tak boleh minum. Rasa macam air paip. Dua minggu saya muntah tak berhenti. Bersama bebanan kerja saya terasa begitu lelah sekali. Saya dimasukkan ke hospital kali kedua dan diberikan cuti lagi untuk bulan februari pula.

Akhir februari barulah saya mula bekerja semula. Hari ketiga saya baru masuk kerja saya muntah darah. Tekak kering sebab selalu muntah dan kurang minum air. Saya slow talk dengan bos. Namun saya dimarahi. Agaknya kerana bebanan kerja pada waktu itu. Ditambah lagi rakan sekerja yang turut tidak memahami memberikan kata kata kurang senang mengenai alahan saya. Saya tekad berhenti kerja. Saya terasa begitu sedih sekali. Mungkin emosi wanita mengandung agaknya.

Pada masa itu, saya cuma fikirkan kandungan dan hanya mahu menjaga zuriat yang baru diberikan Allah setelah hampir empat tahun menunggu. Itu sahaja. Surat berhenti kerja saya kirimkan melalui suami untuk diberikan kepada bos saya.