Khamis, 4 Januari 2018

Alahan - Part 1 Berhenti kerja.

Alhamdulillah tahun 2017 membawa rahmat dalam hidup kami. Allah telah mendengar doa kami berdua. Permulaan yang tidak kami sangkakan. Allah memberikan zuriat. Walaubagaimanapun disetiap kegembiraan pasti akan ada ujian.

Awal tahun 2017 saya masih lagi bekerja. Ujian saya bermula apabila alahan saya semakin kuat. Saya pun sudah lupa bagaimana bermula episod saya pertama kali muntah dan alah dengan semua benda. Namun pada 17 Januari 17 saya betul betul rasa sakit dan suami bawa ke klinik. Doktor rujuk saya ke hospital kerana saya mungkin mempunyai appendiks.

Seminggu saya di wad DEMC. Pertama kali dalam hidup saya dimasukkan ke hospital dan di wad. Tangan masuk air dan wayar berselirat. Namun akhirnya tiada appendiks dikesan. Jika sakit saya berulang doktor minta saya terus berjumpa beliau. Saya boleh keluar hospital dan diberikan lagi cuti untuk berehat. Hampir sebulan juga saya bercuti.

Bulan februari saya masuk kerja. Dengan tunggakan kerja selama sebulan, saya akui saya terasa seperti hendak pengsan. Hampir semua jenis makanan saya tak boleh makan. Minum pun sama. Air kosong pun tak boleh minum. Rasa macam air paip. Dua minggu saya muntah tak berhenti. Bersama bebanan kerja saya terasa begitu lelah sekali. Saya dimasukkan ke hospital kali kedua dan diberikan cuti lagi untuk bulan februari pula.

Akhir februari barulah saya mula bekerja semula. Hari ketiga saya baru masuk kerja saya muntah darah. Tekak kering sebab selalu muntah dan kurang minum air. Saya slow talk dengan bos. Namun saya dimarahi. Agaknya kerana bebanan kerja pada waktu itu. Ditambah lagi rakan sekerja yang turut tidak memahami memberikan kata kata kurang senang mengenai alahan saya. Saya tekad berhenti kerja. Saya terasa begitu sedih sekali. Mungkin emosi wanita mengandung agaknya.

Pada masa itu, saya cuma fikirkan kandungan dan hanya mahu menjaga zuriat yang baru diberikan Allah setelah hampir empat tahun menunggu. Itu sahaja. Surat berhenti kerja saya kirimkan melalui suami untuk diberikan kepada bos saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan