Rabu, 10 Januari 2018

Alahan Part 2 - Dilemma

Selepas saya hantar surat berhenti kerja, bos ada menghubungi bertanyakan mengenai keputusan saya. Masa itu saya betul betul sudah tawar hati. Perasaan semasa mengandung memang sangat kuat. Saya ni seorang yang lembut hati orangnya. Jika tiada sebarang dorongan pasti saya tidak mampu membuat keputusan yang besar begini. Saya benar benar terkesan dengan kata kata bos saya. Hingga kini saya masih tidak boleh lupakan. Saya rasa tidak dihargai waktu itu.

Bos akhirnya meluluskan cuti tanpa gaji saya selama tiga bulan dan menangguhkan surat berhenti kerja saya. Selama tempoh itula saya betul betul berfikir sedalamnya mengenai keputusan saya untuk berhenti kerja. Puas juga saya bertanyakan pendapat kedua orang sekeliling. Namun keputusan akhir hanya saya yang perlu tentukan.

Hampir setiap malam saya membuat solat istikharah. Memohon petunjuk. Tapi benarlah apabila hati sudah tawar tiada apa lagi yang boleh dilakukan agaknya. Staff saya ada juga kerap bertanya bila saya masuk kerja dan beberapa kerja yang perlu saya uruskan. Ternyata saya terasa begitu serabut sekali. Masa rehat saya tidak dapat tidur lena rasanya. Saya tertekan. Akhirnya selepas tiga bulan berlalu saya tetap dengan keputusan saya untuk berhenti kerja.

Saya masih ingat semasa saya menangis teresak esak meminta petunjuk. Saya hanya fikir anak saya. Saya betul betul sayangkan kandungan anak pertama ini. Lama betul kami menanti. Saya benar benar berharap keputusan saya ini adalah yang terbaik buat dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan