Khamis, 18 Januari 2018

Harapan Mereka

Sepanjang sakit alahan mengandung ini saya terasa ralat sangat. Sebab apa? Saya ni sebenarnya baru lagi berpindah cawangan. Saya dulu kerja di ibu pejabat. Saya berpindah ke cawangan selangor kerana mengikut suami bekerja disini. Tambahan pula saya dan suami telahpun membeli rumah di selangor. Sejak dari dulu lagi kami memang kurang gemar kehidupan bandar. Jadi bagi kami berpindah ke shah alam mungkin boleh merealisasikan impian kehidupan kami. Selepas membuat ujian IUI dan saya mendapat keputusan negatif, saya begitu kecewa. Saya membuat keputusan untuk fokus terhadap kerjaya. Saya tahu skop kerja baru ini menuntut perhatian penuh dari saya. Saya merasakan saya mampu menggalas kerana waktu itu saya tiada komitmen. Menggalas tanggungjawab baru dan skop kerja baru bukan lah senang.

Berbalik kepada cerita kakitangan di pejabat, saya sebenarnya rasa seperti dah mengecewakan harapan semua orang. Saya faham mereka mengharapkan saya untuk mengendalikan kerja kerja yang telah banyak tertunggak. Menyertai mereka sebagai salah satu tonggak utama menjadikan saya perlu memikul tanggungjawab besar pada masa itu. Ketiadaan saya menyebabkan keadaan pejabat dan kakitangan seliaan saya agak kelamkabut. Saya sangat kasihankan mereka. Pada masa yang sama saya juga begitu tertekan. Sungguh saya sakit masa itu. Saya juga begitu kecewa. Bukan lah saya tidak bersyukur di kurniakan zuriat namun saya tertekan mental dan fizikal ketika itu.

Saya tidak menyalahkan rakan pejabat. Saya faham mereka juga tertekan dengan jumlah kerja yang bertambah akibat ketiadaan saya. Pelbagai dokumen tertangguh kerana saya tiada untuk tugas menyemak dan melulus.

Saya mula bekerja kembali setelah bulan kedua saya dimasukkan kehospital. Walaubagaimanapun terpaksa mengambil MC selepas beberapa hari sebagaimana cerita saya dalam entri yang lalu. Saya cuba untuk menjelaskan kepada piha atasan saya ketika itu. Namun kata katanya cukup pedih. Emosi saya yang sedang mengandung ketika itu tak dapat lagi saya bendung. Tak tertahan rasanya. Ditambah lagi saya diselar rakan pejabat kerana baru masuk kerja MC lagi.

Memikirkan keadaan ini tidak baik untuk kedua dua pihak saya tekad untuk berhenti kerja. Sungguh saya sedih ketika itu. Saya sayangkan syarikat namun tidak mahu lagi bekerja di jabatan sama. Saya cuba memohon bantuan HR namun juga tiada maklum balas. Terpaksalah saya membuat keputusan sendiri.

Next entri - pengalaman mengandung anak sulung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan