Selasa, 16 Januari 2018

Aku seorang surirumah

Bermula lah episod dan kehidupan harian saya sebagai seorang surirumah. Saya akui setiap hari pada awalnya agak bosan kerana saya sudah terbiasa dengan rutin aktiviti seharian sejak dari dulu. Iyalah zaman sekolah, zaman belajar universiti dan kerja bangun pagi terus bersosial. Jumpa orang dan bekerja. Namun kehidupan itu kini semuanya sudah berubah.

Pagi saya bermula dengan memasak. Sejak dari mengandung lagi saya memang memasak belah pagi. Selepas zuhur barulah saya teruskan dengan aktiviti lain seperti mengemas, menyapu, mengemop dan sebagainya. Bila dah ada baby ni tak dapatlah saya buat kerja rumah banyak sangat. Kebanyakkan masa saya jaga anak. Ada juga masa baby tidur lama. Tapi saya buat yang mana mampu sahaja sebab sakit epidural masih ada.

Bergelar surirumah juga mengubah keadaan dan prospektif pemikiran saya. Saya akui dugaan demi dugaan juga buat saya untuk menggalas tugas surirumah ini. mental juga perlu kuat untuk menepis rasa down. Sebab apa down? Sebab saya dah tak seperti dahulu lagi. Saya tiada pendapatan sendiri lagi. Saya tidak boleh kehulu kehilir sendiri lagi. Dunia saya kini cuma anak dan suami sahaja.

Saya perlu kuat untuk anak. Dia masih baby dan sangat perlukan saya. Next entri saya akan cerita kisah saya bersalin pula.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan