Selasa, 22 Mei 2018

Kisah Temuduga

Sedih sebab interviwer tak nak ambil bekerja sebab alasan berhenti kerja sebelum ini alahan mengandung. Bila dengar sahaja alasan saya terus dia cakap.. "Ini yang saya kurang sikit ni"
.

Saya diuji dengan alahan selama 6 bulan. 2 kali warded selama 2 bulan. Hampir 2 minggu pernah langsung tak dapat makan apa apa. Saya bekerja dibidang yang menuntut komitmen tinggi. Balik kerja pukul 9 malam setiap hari. Sabtu ahad bekerja. Niat saya berhenti kerja ketika itu kerana sayangkan kandungan sulung. Saya menunggu zuriat pertama ini tiga tahun setengah.
.
Saya tahu org lain lagi teruk ujian mengandung mereka. Tapi saya bukanlah manja. Saya cuma fikirkan kandungan sulung ketika itu sahaja. Jika terjadi apa2 (gugur misalnya) saya dan suami juga yg kecewa. Org lain tidak faham betapa kami terlalu inginkan zuriat sulung ini. Tambahan dgn keadaan diri yg hampir pitam nak handle kerja pejabat dan saya juga tidak sihat. Malang buat saya kerana officemate dan bos tidak memahami. Mgkn faktor tertekan kerana kerja yg byk. Tmpt kerja saya jika cuti sehari pn dh bertimbun fail, apa lg jika saya tidak sihat dan terpaksa cuti lama.
.
.
Saya dulu sayangkan company sbb dh kerja lama. Tapi terlalu sedih dgn layanan officemate dan bos. Saya sakit kena masuk hospital tapi bos cakap "ingat u masuk hospital kami nk dtg melawat?!"
Staff yg sorg lg pulak siap marah2 lg kt saya sebab nk masuk hospital.
.
.
Saya tak minta alahan mengandung mcm tu. Saya juga tak jangka keadaan diri saya bakal begitu. Jd sy mmg agak kecewa bila interviewer tak mahu ambil sy bekerja kerana takut perkara sama berulang jika sy mengandung lg..
.
.
Kenapa kenapa kenapa ada org fikir begitu? ada org mengandung lgsg xde alahan. Tp jgn sgka dia akan selamanya tak ada alahan. Jika Allah takdirkan dia mengandung kali kedua Allah beri dia alahan mcm mana? salah kah dia jika dia alami alahan?
.
.
Serius kecewa.
.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan